Kita sering mendengar berkenaan penghinaan terhadap Rasulullah S.A.W ini hanya terjadi di kalangan orang-orang kafir sahaja. Ini kerana mereka sendiri tidak berpuas hati dan bersetuju dengan ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad S.A.W . Mereka juga sentiasa mencuba pelbagai caradan wasilah untuk menunjukkan rasa benci mereka terhadap ajaran yang dibawa oleh Rasulullah S.A.W.
Apa yang menyedihkan lagi, perbuatan sekutuk ini bukan hanya didominasi oleh orang kafir sahaja, malah sekarang ini orang Islam sendiri juga bersubahat dan tidak ketinggalan untuk turut sama menghina junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W dengan tanpa disedari.
Baru-baru ini heboh berkenaan penganjuran Islamic Fashion Show atau Islamic Fashion Festival yang kononnya ingin memperagakan pemakaian secara Islam yang sebenar, tetapi malangnya disebalik niat baik tersebut terdapat unsur-unsur yang menghina kemulian junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W di tempat yang tidak selayaknya. Jika kita melihat kepada gambar di atas, kelihatan seorang model yang memperagakan pakaiannya dan di dadanya terdapat tulisan nama Nabi Muhammad S.A.W yang ditulis dalam keadaan terbalik. Suasana bertambah buruk lagi apabila model tersebut tidak menutup aurat sepertimana yang dikehendaki oleh syarak. Adakah layak bagi seorang Nabi yang menjadi sanjungan ummat seluruh alam diperagakan sebegini rupa? Sudahlah nama yang mulia tersebut diletakkan pada tempat yang tidak sesuai, malah dihina pula dengan pakaian yang sedikit pun tidak menunjukkan ciri-ciri wanita muslimah berdasarkan tujuan asal festival tersebut di anjurkan.
Apa yang lebih memalukan lagi, penganjuran program sebegini rupanya didalangi oleh beberapa individu yang merupakan orang-orang besar dan berpengaruh dalam kepimpinan di Malaysia. Adakah layak bagi sikap kepimpinan sebegini mendapat tempat dan sanjungan daripada masyarakat? Perbuatan sebegini sungguh memalukan dan mencalarkan nama baik Islam itu sendiri dengan beberapa pihak yang tidak bertanggungjawab menganjurkan dan memberi sumbangan bagi menjayakan majlis yang menimbulkan rasa kemarahan ummat Islam seluruh dunia amnya dan secara khusus di Malaysia.
0 comments