Rombongan Kedua Pulau Pinang Selamat Tiba Di Republik Arab Mesir



KAHERAH, 1 April - Seramai 48 pelajar PMRAM Cawangan Pulau Pinang selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah pada jam 2.00 petang tadi.

Penerbangan yang menaiki Kuwait Airlines itu merupakan penerbangan kedua bagi mahasiswa Pulau Pinang.

Terdahulu, Pulau Pinang sebelum ini telah memulakan operasi menghantar balik pelajarnya menuntut di bumi Mesir seawal 26 Mac lalu iaitu seramai 18 orang yang menaiki penerbangan Gulf Air.

Turut menyambut rombongan kedua tersebut wakil PMRAM di Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah, Saudara Nur Ahmad Wafiy Noor Azri dan Ahmad Baihaki Rashid serta wakil HEWI PMRAM, Saudari Kamilah Che Razali.

Turut kelihatan wakil PMRAM Cawangan Pulau Pinang, Pemangku YDP BKPPPM Saudara Mohamad Sarkawi Mohmad Salleh serta beberapa orang AJKT, HEWI dan Penasihat BKPPPM

Tags:

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 comments

Leave a Reply